BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 30 October 2011

#3 : Do Not Give Up To Seek For Forgiveness From ALLAH SWT

Artikel ini adalah sebuah monolog. cuba letakkan anda di dalam watak "aku" tersebut...


Saat manusia memandang dia seorang yang mulia, saat semua manusia memandang dia seorang yang indah pekertinya, hanya dirinya tahu siapa dia di mata Tuhannya. Airmatanya menitis satu persatu mengenangkan dosa dosa yang menghantui perjalanan hidupnya. airmata hangat terus menerus membasahi pipi tika bersimpuhnya seorang hamba menghadap Allah.

Dia adalah aku. seorang hamba Allah yang tidak terhitung dosanya, yang tidak pernah sesal melakukan dosa. Hari – hari aku melakukan dosa, hari – hari aku selalu melupakannya, hari – hari aku sibuk dengan dunia. Allahurabbi, Hamba jenis apakah aku ini, aku berulang kali berkata mahu syurga namun tetap juga aku melakukan dosa. Hinanya aku ya Allah..

Terbuai.. aku hilang.. hilang dalam kegelapan dunia yang begitu mengasyikkan. Aku cuba mencari diri kembali. Diri yang entah kemana aku campaki. Adapun diri hanya ada diri sahaja tanpa roh yang penuh dengan nilai islami. Solat hanya menjadi rutin, jemaah ke mana, semua dirasakan berat sahaja, yang peliknya aku berjemaah di facebook kerap pula..Allah.. Aku katakan aku mencintaimu namun, itu hanya kata – kata yang manis menghiasi bibir. Dari segi amalan, tidak pula menggambarkan kecintaanku kepadaMu.

Aku ingin bertaubat. Aku ingin bertaubat. Dosaku menggunung tinggi. Tinggi terlalu tinggi. Ingin ku jejaki syurga yang diidami.. tapi adakah Allah mahu mengampuni dosa – dosaku ini? Sekali lagi hati ku teriak, meraung selantang – lantangnya..Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. kepala ku di hentak ke dinding. Sakit. Itu yang ku rasakan.. tapi aku sedar. Azab neraka itu lagi sakit.. sekali lagi hati ku berteriak.

Allah.. Ampuni aku..

aku kaku.. lalu ku buka lembaran yang penuh dengan ayat – ayat cinta Allah yakni al – Quran.. aku terlihat pada sepotong ayat yang bermaksud.. “wahai hamba – hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni dosa – dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az – Zumar : 53)

hatiku seolah berbisik , “wahai diri, tidakkah cukup melegakanmu mendengarkan firmannya ini? Lihatlah Allah menyapamu dengan memanggil “wahai hamba – hambaKu”.. tidakkah ini cukup menyentuh hatimu?.. Allah juga melarang kamu berputus asa dalam memohon ampunan Allah dan Allah juga mengkhabarkan pula Dia akan mengampuni dosa siapa saja yang bertaubat kepadaNya. Allahuakbar. Dia Maha Pengampun wahai diri. Lihatlah betapa besarnya CintaNya kepada kita. sedarlah diri. Jangan berputus asa dalam mencari keredhaan ilahi. Teruskan taubatmu diri. Jangan putus asa lagi !”
aku tekad tak kan berputus asa lagi !
mari memburu keampunan ilahi demi keredhaan Allah yang hakiki !
Wahai anak Adam,
Sekalipun dosamu tertumpuk setinggi langit,
Mohonlah ampunan Allah, nescaya Dia akan mengampuninya..
Wahai anak Adam,
Sekiranya dosamu sepenuh isi bumi dan seluruh cakerawala ini,
Mohonlah ampunan Allah, nescaya Dia akan mengampuninya
Hayati lah firman – Nya yang bermaksud..
“Dan, orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah?..”(Ali –Imran : 135)


“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang (An – Nisa’ : 110)


#2 : subhanallah~ feels like being there in Mekah...

Wednesday, 26 October 2011

#1 : Pendidikan Islam Yang Menyeluruh

PENDIDIKAN ISLAM:
PENJELMAAN SIFAT ISLAM YANG SEMPURNA DAN MENYELURUH

Islam adalah ciptaan Allah SWT dan diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya melalui Rasulullah SAW. Islam diturunkan dengan lengkap dan sempurna untuk memimpin manusia melaksanakan ubudiyah sepenuhnya kepada Allah SWT. Ugama ini telah direalisasikan serta dihayati dengan sempurna oleh Rasulullah SAW bersama-sama generasi yang pertama di dalam kehidupan individu mahupun kehidupan bermasyarakat.

Berdasarkan Surah Al-'Ashr, kita dapati ada tiga bentuk pendidikan untuk membolehkan manusia selamat daripada kehinaan dan kerugian. Ini dijelaskan oleh Dr Abdul Rahman an-Nawawi, di dalam bukunya 'Pendidikan Islam: Di Rumah, Di Sekolah dan Masyarakat'. Beliau menulis:

".....keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga bentuk pendidikan berikut: Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada keimanan dan ketundukan kepada syariat Allah SWT, serta beriman kepada yang ghaib; kedua, pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal saleh dalam menjalani kehidupan seharian; dan ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa manusia kepada sikap saling berpesan dalam kebenaran dan saling memberi kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang pada intinya, semuanya ditujukan untuk beribadah kepada Allah SWT."



Pendidikan Islam yang akan mencorakkan masyarakat Islam bukanlah sistem pendidikan yang berasaskan sesuatu yang asing daripada Islam, diimport dari Barat atau yang telah disempurnakan dengan memasukkan beberapa unsur Islam ke dalamnya kerana sebagai contoh kebanyakan sistem yang ada ketandusan aspek-aspek kerohanian.

Sesuatu sistem pendidikan hanya dapat dianggap sebagai sistem pendidikan Islam apabila segala prinsip, kepercayaan serta kandungannya berasaskan Islam. Pendidikan Islam yang terdapat dalam al-Quran adalah pendidikan yang menyeluruh, tidak terbatas kepada ibadat dan melupakan tingkah laku, atau memberatkan individu dan melupakan amal, tetapi meliputi segala kehidupan manusia.



PENGERTIAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat (al-ghoyah) pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh redha.

Tujuan serta matlamat dekat dan khusus (ahdaf) pendidikan Islam dirumuskan oleh Dr Abdur Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamat atau tujuan, iaitu matlamat yang bersifat fizik (ahdaf jismiyah, bersifat mental (ahdaf 'aqliyah) dan bersifat kerohanian (ahdaf ruhaniyah).

Antara tujuan khas pendidikan Islam juga telah dikemukakan oleh al-Syaibani, iaitu:

    • (a) memperkenalkan generasi muda dengan aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, membiasakan mereka mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad-din;
    • (b) menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri anak-anak terhadap din, termasuk prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia, menyedarkannya akan bid’ah, khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang yang melekat tanpa disedari, sedangkan Islam bersih;
    • (c) menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan;
    • (d) mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak, membentenginya dengan aqidah dan nilai-nilai syara' serta membiasakan mereka menahan rang-sangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik; dan
    • (e) membersihkan hati anak-anak daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci, kasar, zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk dan hina.


    DASAR PENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan Islam berasaskan aqidah dan syariat Allah SWT. Kesyumulan Islam, seperti yang dijelaskan di atas, terjelma dalam sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiyah Islam dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. Asas dan teras sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid kepada Allah. Di dalam al-Quran (dan Sunnah Rasulullah) terdapat metodologi (kaedah) untuk mendidik manusia. Metodologi itu telah terbukti berkesan mendidik generasi awal. Rahsia utama kejayaan metodologi itu ialah memahami jiwa manusia yang tidak ubah bagaikan peti yang berkunci rapat manakala memahami jiwa menjadi kuncinya. Sebenarnya sistem pendidikan yang paling berkesan dan mampu membawa perubahan menyeluruh dalam diri manusia adalah sistem pendidikan yang berupaya berbicara dengan jiwa. Hanya pendidikan Islam sahaja mempunyai metodologi itu dan mampu merawat jiwa manusia.

    Dalam mendidik manusia, Islam memberikan penjelasan mengenai hakikat manusia, alam, penciptanya serta hubungan antara ketiga-tiganya. Keberkesanan dan keunggulan pendidikan Islam dalam membangunkan diri manusia adalah kerana penjelasan mengenai perkara itu perolehi daripada Allah SWT (menerusi al-Quran). Kepincangan sistem-sistem pendidikan di barat mahupun di timur adalah kerana kekaburan dalam memahami perkara-perkara di atas.


    Monday, 3 October 2011