Wednesday, 9 November 2011
Wednesday, 2 November 2011
#5 : Hubungan Islam Dan Sains
Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi
Ianya adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan
kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan
yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains
dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan
keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia
ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di
dunia dan juga di akhirat.
Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia
terhadap alam sekelilingnya dan merupakan salah
satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat
digunakan untuk meningkatkan keimanan. Sungguhpun
Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah
dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun
ianya masih memerlukan pengkajian yang mendalam
untuk membuktikan kebenarannya. Atas sebab inilah
maka Islam sangat menuntut umatnya mencari,
mengembang dan menguasai ilmu pengetahaun.
PENCAPAIAN DAN REALITI
Sejarah telah membuktikan bahawa suatu masa
dahulu, umat Islam adalah umat yang sangat
dihormati kerana ilmu pengetahuan yang mereka
miliki. Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rush, Al
Khawarizmi, Al Biruni adalah di antara tokoh-tokoh
yang tidak asing lagi samada di dunia Timur
ataupun Barat. Penghormatan yang diterima ini
adalah melalui pencapaian mereka di bidang sains
dan teknologi serta pegangan yang kukuh terhadap
Al Quran dan Hadis.
Sungguhpun umat Islam telah menunjukkan kehebatan
yang tiada tandingnya pada masa lampau, tetapi
kini suasana yang wujud adalah jauh berbeza. Umat
Islam sekarang tidak lagi menguasai bidang sains
dan teknologi, sebaliknya ilmu tersebut telah
berpindah dan dikuasai oleh masyarakat Barat dan
Timur Jauh. Apa yang lebih malang lagi ialah
bilamana umat Islam itu sendiri sudah hilang
identiti Islamnya dan tidak lagi dihormati.
ANUGERAH AKAL
Islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t.
kepada baginda junjungan nabi Muhammad s.a.w.
adalah lengkap dan sempurna serta sesuai dengan
fitrah kejadian manusia. Sementara kejadian
manusia yang serba indah ini pula dihiasi dengan
anugerah akal oleh Allah kepada manusia untuk
berfikir.
Oleh itu peranan akal yang telah dianugerahkan ini
sangatlah besar. Ianya bukan sahaja dapat
digunakan untuk kepentingan mencari ilmu tetapi
juga untuk "melihat" kebenaran. Dengan sebab
itulah Islam sangat menggalakkan umatnya untuk
menggunakan akal demi untuk mencari kebenaran. Di
dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang diakhiri
dengan Allah bertanya kepada manusia seperti,
"Tidakkah kamu menggunakan akal" dan "Tidakkah
kamu memikirkan".
SAINS DAN TEKNOLOGI
Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu
adalah tertakluk kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan
tidak terkecuali juga ilmu sains dan teknologi.
Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang diterima
oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh
oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu
tersebut tidak akan bersifat menindas dan
menganiaya makhluk lain.
Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah
terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya
menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka
yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang
terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna
yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan
direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu
pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika
tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah
dan memancarkan cahayanya untuk menyinari
kehidupan umat manusia.
Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam
perlu mengambil manfaat daripadanya dengan
menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh
Allah untuk menjalankan pengkajian yang bersifat
empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat
dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman
kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan Islam
sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada
kemajuan tamadun dan kekuatan ummah.
peranan agama adalah sangat penting dalam
memastikan segala ilmu termasuk sains dan
teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan
individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia
masakini juga seolah-olah menuntut umat Islam
untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan
teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan
dan pemodenan.
Gabungan ilmu, iman dan taqwa serta akhlak yang
mulia adalah faktor yang utama untuk memungkinkan
Islam kembali diterima sebagai agama yang
universal dan progresif.
Posted by amaljayziehjj at 19:52 0 comments
#4: Pengajaran ICT didalam Pendidikan
Assalamualaikum....
kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.
Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.
Penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana:
1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari.
5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif.
Kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang kekal abadi.
Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.
via
permai73.blogspot.com
Posted by amaljayziehjj at 09:04 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)